Sunday, September 5, 2010
Sunday, July 25, 2010
update : Kemeriahan Futsal Antara Agensi MITI 2010
Seperti semua sedia maklum,sukan antara agensi MITI 2010 sudah pun melabuhkan tirainya pada 18/07/2010 (AHAD)...Namun begitu, kemeriahannya tetap dirasai hingga ke saat ini..Di samping dapat mengeratkan silaturahim di antara MITI dan agensi,kita juga dapat melihat pelbagai kerenah dan ragam manusia..heehhe..best2..macam2 jenis org kita jumpa terutamanya pada hari perbarisan.. Di kesempatan ini,saya ingin mencerikan serba sedikit tentang kemeriahan kejohanan Futsal yang begitu meriah sekali..Maaf di atas keterlewatan..(sebab gambar baru je dapat)...
Di kesempatan ini, saya sebagai wakil daripada AJK MATRADE FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang datang menyokong dan yang tidak putus2 memberikan semangat, terima kasih sgt2..Jasa dan pengorbanan anda semua tidak akan pernah kami lupakan...Semoga tahun depan pasukan MATRADE akan mendapat no 1 dalam semua acara sukan..berbekalkan semangat pasukan yang tinggi, saya yakin MATRADE BOLEH..
Friday, July 23, 2010
Ping Pong kita no. 2
Ping pong kita di nombor 2, kalah dengan SME bank. Game start jam 9 pagi habis jam 8.00 malam. Fight untuk final memang best sesangat dan amat mendebarkan. Pada mereka yang ada kat gelanggang pada masa itu, mereka sendiri tahu betapa "ketatnya" suasana. Semua orang menaruh harapan pada team masing-masing. Yang paling stress ialah Ustaz kita selaku manager pasukan. Panjang fikir camne nak buat line up pemain. MFC seramai 8 orang berkecuali sebab bertugas sebagai seketariat perlawanan tetapi tetap menyokong pasukan MATRADE dari belakang.
Terus terang cakap, perlawanan dengan SME bank memang puas hati, kita tak kalah tanpa skill. Pemain kita punya usaha memang sampai tenggelam kepala. Nak menang jugak tetapi rezeki tetap dari ALLAH.
Terus terang cakap, perlawanan dengan SME bank memang puas hati, kita tak kalah tanpa skill. Pemain kita punya usaha memang sampai tenggelam kepala. Nak menang jugak tetapi rezeki tetap dari ALLAH.
Ni masa pendaftaran dan perlawanan bermula. En. Saifudin sebagai kordinator perlawanan. Tak ada dia tak jadi game ni.
Barisan seketariat perlawanan. (kiri: En. Saifuddin, Cik Farah, Puan Dilla, En. Kairul & Cik Hajar)
Hangat punya bincang ni...
Tengah lawan baek ni.. tengok muka pemain kita.. serius tu
Saat SME Bank menang...
Thursday, July 22, 2010
Bola Jaring MATRADE
Pasukan Bola Jaring MATRADE telah berjaya merangkul kejayaan buat kali ke-4 berturut-turut dengan menundukkan SME Corp. Memang hebat dan tidak dinafikan lahi. Walaupun "shooter" kita puan Nurul tak dapat turun pada kali ini tetapi dengan kesungguhan pemain-pemain lain serta keazaman yang ada, pasukan kita memberikan saingan sengit.
Kepada yang tidak dapat hadir pada hari perlawanan, anda semua rugi kerana pasukan kita betul2 berikan "fight" yang hebat. Pada mulanya kita dah ketinggalan sedikit tapi dekat2 nak habis perlawanan, pasukan kita "catch-up" balik dengan kemenangan. SME Corp punya cheerleader pun sayu je selepas permainan dan MATRADE cheerleader kita terus mengucapkan selamat pulang dan jumpa tahun depan. Hahaha..
Kepada yang tidak dapat hadir pada hari perlawanan, anda semua rugi kerana pasukan kita betul2 berikan "fight" yang hebat. Pada mulanya kita dah ketinggalan sedikit tapi dekat2 nak habis perlawanan, pasukan kita "catch-up" balik dengan kemenangan. SME Corp punya cheerleader pun sayu je selepas permainan dan MATRADE cheerleader kita terus mengucapkan selamat pulang dan jumpa tahun depan. Hahaha..
3 lawan 1 tu... still boleh fight... Sape si GS ni agaknya..
Ni masa dah tamat... dah menang la tu.. cuba tengok brader baju merah kat sebelah kanan tu. Rahman tu nak pi terkam pemain.
MATRADE memang poweer!
Ni penyokong ni.. jangan memain...
Ni kira dah happy giler ni... sebab menang... macam nak runtuh stage tu ..
ni masa kritikal dah ni... semua dah tahu kita nak menang
Kak Yan tengah stress tengok game.... nasib baik dia tak lompat masuk..
Masuk ni dah 4 tahun bola jaring kita menang. Dah jadi macam kebal dan ditakuti oleh pemain2 agensi lain. Kami berharap ini akan dikekalkan. Biar bola jaring kita sentiasa jadi juara dan kita semua happy. Betul tak?
Sukan Antara Agensi MITI 2010 - Perbarisan
Seperti kita semua tahu yang pasukan perbarisan MATRADE telah menjadi juara pada tahun 2010 dalam perbarisan (tahun 2009 kat nombor 2 aje). Mana taknya, barisan lengkap, teratur dan tidak banyak pergerakan berlaku. Walaupun ada peserta yang "tarik diri" semasa dalam perbarisan kerana cuaca panas, tidak dinafikan bahawa pasukan perbarisan MATRADE memang layak menjuarainya pada tahun ini kerana semua peserta komited dalam usaha menjuarainya pada tahun ini.
TAHNIAH!
TAHNIAH!
Kontinjen MATRADE diketuai oleh En. Raphy, Pemegang Bendera En Azman dan Pemegang Sepanduk Cik Fasyarini
En. Raphy dan En. Azman yang mengetuai kontijen MATRADE pada tahun 2010
Perbarisan memang mantap. Semua nampak serius.
En. Irwan memang serius sesangat. Sebab tu boleh menang kot.
Ni semasa perbarisan Hormat di hadapan VVIP.
Ini ada gaya sedikit untuk Lintas Hormat dari Kontijen MATRADE. Steady, tak macam SME Corp, ada pom-pom lelompat kat depan VVIP... apaa daa!
Kontijen MATRADE punya Line up memang cantik
Memang barisan yang mantap.
Sikit pun tak gerak. Risau gak tengok wakil-wakil kita ni
Kontijen MATRADE menerima kunjungan hormat.
Nasib baik tak luruh make-up awek kita ni.
Masa menerima hadiah futsal lelaki. Tempat ke dua tapi good fight
Saat meraikan kemenangan menjuarai perbarisan
Para penyokong MATRADE. Tak ada mereka ni, mana ada semangat yang lain
Steady MATRADE!!
Boss2 kita yang gembira dengan kemenangan
Antara warga MATRADE yang hadir pada hari bersejarah
Sekali lagi, Tahniah kepada semua yang terlibat dalam perbarisan. Segala usaha dan latihan mendatangkan hasil yang buat semua gembira. Berbaloi berdiri tengah-tengah panas. Tahun depan, kita menang lagi.